Assamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff harap sahabat2 boleh ruangkan sikit waktu untuk sama2 membacanya insyaallah.Seseorang yang berusaha agar orang2 mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan2nya.
Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang2 yng suka menghasut tidak akan masuk syurga.(Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Hakikat namimah ialah menyebarkan rahsia, mengadu domba dan mengumpat. Tidak seharusnya setiap keadaan yang tak disukai disampaikan ke orang lain, kecuali jika ditujukan untuk kemaslahatan kaum muslimin atau menolak kemaksiatan, seperti kesaksian di pengadilan.
Selain ancaman tidak masuk syurga, penghasut dikecam sebagai manusia paling buruk perilakunya. Nabi SAW bersabda maksudnya : 'Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian? Yaitu, orang yang berjalan di atas muka bumi seraya menghasut, yang merosak di antara orang2 yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin memceritakan aib orang2 yang tidak bersalah.
(Hadis Riwayat Ahmad).
Menghasut sangat berbahaya jika dibiarkan berlaku di dalam kehidupan sosial.
Pertama, munculnya benih saling mencurigai di antara sesama muslim.
Kedua, jatuhnya nama baik dan martabat seseorang.
Ketiga, terciptanya kekacauan, ketakstabilan, dan ketidakharmonian dalam hubungan sosial.
Rasulullah SAW mengecam orang2 munafik di Madinah kerana perilaku kotornya yang suka menghasut ketika baginda berhijrah. Kebiasaan menghasut sepertinya sudah menjalar dan meluas di negara kita pada masa ini. Melahirkan banyak bloger2 anak2 muda yang tidak bermoral dan sanggup menabur fitnah, maki hamun dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.untuk memuaskan hati mereka,mereka sanggut buat apa walaupun menghina ahli ilumuan tentang ugama subhanallah.
Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah S.a.w baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka. (Hadis Riwayat an-Nasaie)
Oleh itu jauhilah daripada segala bentuk perbuatan, percakapan, tulisan dan amalan yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan memutuskan silaturahim, mengadu domba, menghasut, memfitnah, mengumpat dan menimbulkan permusuhan bukan sahaja mendapat dosa besar tetapi akan mendapat laknat Allah SWT dan tidak akan mencium bau syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan